Pengenalan

Isu kematian membangkitkan pelbagai sambutan – ada yang bercakap tentang hal ini dengan rasa terserah, seolah mereka tidak dapat melakukan apa-apa, manakala ada yang seakan-akan tidak mengendahkannya, menolak kematian dengan semangat yang cekal.

Dalam penyelidikan dan temubual yang diadakan dengan pekerja penjagaan kesihatan, penjaga dan pesakit, apa yang ketara ialah apabila mereka bercakap tentang kematian, mereka sering bercakap tentang banyak perkara lain. Seperti benang longgar apabila ditarik, merombak corak permaidani secarah keseluruhan, terdapat banyak hubungan rumit yang dikaitkan dengan isu-isu akhir hayat. Kematian akan dihadapi oleh seseorang secara peribadi, tetapi ia juga memberi kesan kepada yang terus hidup - bagaimana mereka teruskan kehidupan secara individu, sosial dan dengan adat istiadat yang ada.

Pasukan daya cipta mahu menciptakan karya seni yang melibatkan penonton dengan topik kematian dan saat-saat menghadapi kematian pada beberapa peringkat, bukan sahaja pada kadar intelek tetapi juga emosi dan rohani. Kami mahu orang ramai mencapai ke dalam diri mereka, untuk mencari semula apa saja kebimbangan yang dipendam dan keinginan mereka dan juga memberi suara kepada apa yang telah disenyapkan sepanjang masa yang terlalu lama.

Melalui pengalaman seni yang mendalam ini, kami berharap untuk mewujudkan ruang yang selamat untuk berfikir dan bercakap tentang kehidupan dan kematian dalam apa-apa keadaan pun - kerancakan, keganasan, harapan, putus asa, patutkah terus berpegang atau melepaskannya. Kami mahu karya ini mengingatkan kita semua bahawa hidup dan mati adalah semulajadi dan tidak dapat dielakkan dalam kehidupan. Hanya selepas kita memikirkan isu-isu yang mencabar dan mendapat penjelasan atas di mana pendirian kita tentang perkara-perkara ini akan kita kemudian diberi kuasa untuk membuat keputusan yang sukar tentang hidup dan mati.

Kami amat berterima kasih kepada semua yang ditemubual yang bukan sahaja memberikan kita masa mereka tetapi lebih penting lagi, sebahagian daripada diri mereka sendiri. Ini merupakan satu pengalaman yang merendahkan diri kita. Mereka membantu kami mencetuskan kesedaran bahawa dengan setiap kematian, banyak yang kita pelajari tentang kehidupan; dalam setiap cerita, kita lihat semangat manusia berjuang dan terus berkembang.

Kami mengalu-alukan anda ke dalam ruang ini dan menjemput anda untuk mengikut perjalanan kita walaupun untuk sementara sahaja. Dalam cerita-cerita tertentu, kita mungkin dapat mencari apa yang sama untuk mengikat dan untuk menyatukan kita semua.